25 November 2008

"ALAI" WARISAN HILANG DITELAN ZAMAN. (Utusan Borneo)

SIPITANG:
MASYARAKAT Kadayan yang merupakan salah satu kaum minoriti di Sabah pada asalnya sememangnya kaya dengan adat tradisional dan pantang larangnya yang diamalkan sajak zaman berzaman.
Namun arus pemodenan dan perubahan zaman turut mempengaruhi corak hidup masyarakat ini sehinggakan terdapatnya adat istiadat lama yang tidak lagi diamalkan oleh generasi masa kini.
"Alai" yang bermaksud menari dalam Bahasa Melayu, adalah antara istiadat yang boleh dianggap lapuk ditelan zaman kerana ia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Kadayan kini. Buktinya, terdapat mereka yang sudah menjangkau Usia lebih 40 tahun pun tidak pernah menyaksikan Alai dipersembahkan. Malah, ada antara mereka yang langsung tidak tahu mengenai Alai. Perkara ini diketahui hasil temuramah Utusan Borneo dengan beberapa orang responden dari suku Kaum Kadayan ketika menghadiri satu majlis Perkahwinan suku Kadayan di Kg. Ulu Sipitang, Sabtu lalu.
Dalam Majlis berkenaan, Keluarga pengantin perampuan telah mempertonton tarian Alai sempena Majlis Persandingan anak mereka. Kali terakhir Alai diadakan di Kampung Ulu Sipitang dalam majlis perkahwinan ialah kira kira 10 tahun yang lalu. Walaupun begitu, upacara Alai yang diadakan oleh nenek moyang mereka pada zaman dahulu tidak sama dengan ketika ini. Di zaman dahulu Alai diselitkan dengan mentera tertentu diikuti dengan pembakaran Kemenyan oleh orang tua yang mahir dalam selok belok persembahan Alai ini.
Pengerusi JKKK Kg.Ulu Sipitang En.Daim Bakar memberitahu dahulu terdapat penari yang terus menari sehinggakan ada di antara mereka yang menari di luar kawalan dipercayai dirasuk oleh kuasa halus (Menurut kepercayaan dulu dulu). Katanya, terdapat penonton yang menyaksikan "Alai" tanpa sedar turut menari "Alai" bersama, dipercayai turut dimasuki roh halus atau semangat tarian Alai atau "Kesaungan" "Kesurupan" (Kerasukan).

No comments:

MASJID TARAKAN

MASJID TARAKAN
Powered By Blogger

Followers