26 November 2008

OPERASI BERSEPADU PTI !!!

Kota Kinabalu:
Bila kita memikirkan dan cuba berfikir secara mendalam dan rasional tanpa memperdulikan Tindakan yg sudah dan sedang akan diambil oleh Pihak berkuasa Kerajaan menerusi Jabatan jabatan berkuasa seperti Polis, Imigresin, JPN dan Rela untuk membentras PATI @ Pendatang Tanpa Izin ini, apakah Sdra/Sdri rakyat Malaysia di Negeri Sabah tidak terasa, merasakan dan berfikir berapa banyak kali sudah Operasi Bersapadu dilakukan di Negeri ini? Disamping itu apakah Sdra/Sdri tidak berfikir dan memikirkan berapa Juta orang sudah PTI dari Negara Philippine,Indonesi dan Pakistan yang telahpun mendapatkan "HAK" yang sangat sangat mahal iaitu sebuah "MYKAD" ataupun "KEWARGANEGARAAN" Negara Malaysia... Siapakah yang "BERKUASA" untuk memberikan sebuah "KEWARGANEGARAAN" kepada Pendatang pendatang ini? Sekarang ini sudah banyak Peluang peluang pekerjaan didalam Jabatan Kerajaan Negeri/Persekutuan dan Swasta di Negeri ini telahpun di isi oleh Generasi Pertama PATI ini. Dimanakah para Pemimpin Negeri Sabah dan Negara Malaysia berada? Kenapakah perkara ini dibiarkan begitu sahaja....? Apakah Pemimpin pemimpin Komponen BN dan Pembangkang di Negeri Sabah cuma Pendang dan Dengar sahaja perkara ini? Dimana sudah Maruah kita sebagai Rakyat Malaysia di Negeri ini? Seolah olah Pemimpin Politik yang berkuasa pada hari ini KESEMUANYA hanyalah Menjaga kepentingan diri mereka sahaja. Pemimpin Negeri Sabah hanya Pandai mengampu dan bersendiwara sahaja, semasa memerlukan Undi Rakyat Negeri ini mereka berucap berapi-api semasa berkempen pada Pilihan Raya. Walhal merekalah Perosak dan Pembinasa Generasi Rakyat Malaysia di Negeri Sabah. Apakah Sdra/Sdri tidak memikirkan dan merasakannya?..... Sama samalah kita berfikir apakah FORMULA terbaik untuk mendapatkan PENAWAR/UBAT bagi penyakit yang sedang melanda Pemimpin dan Bala yang menimpa Negeri Sabah di bawah bayu ini..... (Ikhlas dari saya BB Admin).

25 November 2008

"ALAI" WARISAN HILANG DITELAN ZAMAN. (Utusan Borneo)

SIPITANG:
MASYARAKAT Kadayan yang merupakan salah satu kaum minoriti di Sabah pada asalnya sememangnya kaya dengan adat tradisional dan pantang larangnya yang diamalkan sajak zaman berzaman.
Namun arus pemodenan dan perubahan zaman turut mempengaruhi corak hidup masyarakat ini sehinggakan terdapatnya adat istiadat lama yang tidak lagi diamalkan oleh generasi masa kini.
"Alai" yang bermaksud menari dalam Bahasa Melayu, adalah antara istiadat yang boleh dianggap lapuk ditelan zaman kerana ia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Kadayan kini. Buktinya, terdapat mereka yang sudah menjangkau Usia lebih 40 tahun pun tidak pernah menyaksikan Alai dipersembahkan. Malah, ada antara mereka yang langsung tidak tahu mengenai Alai. Perkara ini diketahui hasil temuramah Utusan Borneo dengan beberapa orang responden dari suku Kaum Kadayan ketika menghadiri satu majlis Perkahwinan suku Kadayan di Kg. Ulu Sipitang, Sabtu lalu.
Dalam Majlis berkenaan, Keluarga pengantin perampuan telah mempertonton tarian Alai sempena Majlis Persandingan anak mereka. Kali terakhir Alai diadakan di Kampung Ulu Sipitang dalam majlis perkahwinan ialah kira kira 10 tahun yang lalu. Walaupun begitu, upacara Alai yang diadakan oleh nenek moyang mereka pada zaman dahulu tidak sama dengan ketika ini. Di zaman dahulu Alai diselitkan dengan mentera tertentu diikuti dengan pembakaran Kemenyan oleh orang tua yang mahir dalam selok belok persembahan Alai ini.
Pengerusi JKKK Kg.Ulu Sipitang En.Daim Bakar memberitahu dahulu terdapat penari yang terus menari sehinggakan ada di antara mereka yang menari di luar kawalan dipercayai dirasuk oleh kuasa halus (Menurut kepercayaan dulu dulu). Katanya, terdapat penonton yang menyaksikan "Alai" tanpa sedar turut menari "Alai" bersama, dipercayai turut dimasuki roh halus atau semangat tarian Alai atau "Kesaungan" "Kesurupan" (Kerasukan).

MUSA BIDAS ANWAR MAIN ISU ROYALTI MINYAK (Daily Express 25/11/08)

KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman membidas tidakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus memainkan isu royalti Minyak di Sabah untuk kepentingan Politik.
Bercakap kepada pemberita disini,pada Isnin lalu, Musa yang juga Pengarusi Barisan Nasional Sabah BN Sabah tidak pernah sama sekali mengetepikan kepentingan rakyat Sabah dalam isu itu. Semasa lawatan ke Sabah minggu lepas, Anwar mempertikaikan kenyataan Musa sebelum ini yang menyatakan perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada tahun 1976 tidak mempunyai peruntukan untuk semakan semula kadar royalti minyak yang diberikan kepada Sabah. Anwar dilaporkan sebagai berkata, Perjanjian itu boleh dikaji semula dan Beliau memberi jaminan untuk menaikan kadar royalti minyak kepada Negeri Sabah dan Negeri Sarawak daripada 5% kepada 20% sekiranya Pakatan Rakyat @ PR mengambil alih tampuk pemerintahan Negara. Musa berkata, Pemimpin UMNO dan Pemimpin BN Sabah telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan agar kadar Royalti ini disemak semula."Meskipun jumlah royalti minyak ini masih kekal pada kadar yang lama setakat ini tetapi kita tidak seharusnya melihat dari aspek Royalti minyak semata mata" katanya. Musa berkata, Sabah telah menerima peruntukan yang besar dalam pelbagai program pembangunan Kerajaan Persekutuan termasuk peruntukan Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) sebanyak Rm:20 Billion, Koridor Pembangunan sabah (Rm:2.3 billion), projek jalan raya berturap menelan belanja berbillion-billion ringgit dan program pembangunan yang lain.

24 November 2008

MENJEJEKI KEMBALI KESULTANAN BULUNGAN.(The New Sulu Times)

TARAKAN,KELIMANTAN TIMUR: Wartawan Sulu Times telah menjejaki kembali Sejarah Kesultanan Bulungan yang Satu ketika dulu mempunyai Empayar jajahan sehingga ke Daerah Tawau di Sabah. Penulis bersama sama Datu Hj Nasir telah berkunjung ke Daerah Bulungan di Kelimantan Timur dan telah menjejaki beberapa tempat termasuk melawat Muzium Kesultanan Bulongan serta bertemu dengan Waris Kesultanan Bulungan yang masih terdapat di Bulongan. Kewujudan Kesultanan Bulungan dipercayai wujud lebih awal dari daripada Kesultanan Melaka dan seangkatan dengan kewujudan Kesultanan Sulu. Kesultanan Bulungan ini telah wujud seangkatan dengan Kewujudan Kesultanan Brunei dan Majapahit. Kesultanan Bulungan dikatakan mempunyai pertalian persaudaraan dengan Kesultanan Sulu dari hasil perkahwinan, Ini kerana Putri Putri dari Sulu telah dikhwini dengan Putra Putra Raja dari Bulungan. Hubungan Kesultanan Bulungan ini berkait rapat dengan Kesultanan Brunei, Sambas dan juga Banjarmasin. Kerana orang nrang Banjarmasin ramai yang berhijrah ke Sulu dan menatap disana.Sebab itulah percampuran Bahasa Tausug di Jolo ada kaitannya dengan Nusantara.Manakala orang Bulungan ini sangat jarang sekali kita dengar, Kebiasaanya kalau dari Indonesia kita hanya mendengar Bangsa Jawa,Bugis dan Banjar manakala suku Bulungan amat jarang sekali.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YAKIN SATUKAN PARTI PEMBANGKANG DISARAWAK/SABAH?

Kota Kinabalu (22hb Nov 2008):

Penasihat Parti Keadilan Rakyat @ PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sekali boleh menyatukan kesemua Parti2 Pembangkang di Negeri Sabah/Sarawak. Beliau mahu Calon2 dari Parti Pembangkang pada PRU nanti hanya akan Bertanding satu lawan satu (Straight Fight) untuk menentang Calon dari BN @ Pemerintah Kerajaan Malaysia pada masa ini. Beliau berkata pada PRU yang lalu Calon2 dari Parti Pembangkang bertanding/bersaing sesama sendiri. Mengakibatkan perpecahan Undi dari Rakyat di kedua dua Negeri ini. Beliau berucap ketika merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat di Jalan Damai Luyang. DSAI juga mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP) untuk menyertai Pakatan Rakyat @ PR dan telah Berjumpa dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee kelamarin. Beliau menyatakan bahawa dengan cara Bersatu ini sahaja PR di Semananjung Malaysia boleh mengalahkan BN di lima buah Negeri. Apakah Pemimpin dan Calon2 di kedua dua Negeri ini akan Bersatu hati menghadapi BN didalam Pilihanraya Umum Nanti?

RASIONALNYA PENGELUARAN MYKAD HIJAU KEPADA PATI @ PENDATANG TANPA IZIN DI NEGERI SABAH?

SEBAGAI RAKYAT SABAH DAN WARGA NEGARA MALAYSIA, KITA WAJIBLAH BERTANGGUNG JAWAB UNTUK MEMBERIKAN PENDANGAN DAN TEGURAN KEPADA KERAJAAN BN DI NEGERI SABAH INI, YANG MANA BARU BARU INI JPN TELAH DIARAHKAN UNTUK MENGELUARKAN MYKAD HIJAU KEPADA PATI @ PENDATANG TANPA IZIN. JPN NEGARA MALAYSIA SUDAH MENGELUARKAN BERAPA JUTA KAD PENGENALAN ASLI KEPADA WARGA ASING SEBELUM INI??? APAKAH MOTIFNYA? TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN HANYA SEMATA MATA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK BN @ UMNO. KERANA KUASALAH MEREKA SANGGUP MENGGADAIKAN NEGARA SENDIRI. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DI NEGERI SABAH SAYA BENAR BENAR MERASA TERPANGGIL UNTUK MENULIS DI DALAM BLOG INI DEMI "MEMPERTAHANKAN" HAK KITA SELAKU RAKYAT NEGERI INI. JANGAN SAMPAI KITA BERJUANG SEKALI LAGI UNTUK MENCARI ERTI KEMERDEKAAN KEDUA KALI. KERANA KITA TIDAK MAU MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI SEPERTIMANA NEGARA SINGAPORE YANG DI SATU HARI DULU MILIK ORANG MELAYU DAN BERSULTAN..!!! Saya berharap anda Rakyat Malaysia di Negeri Sabah dapatlah memberikan Komen dan Pendangan Bernas anda.

MASJID TARAKAN

MASJID TARAKAN
Powered By Blogger

Followers