25 November 2008

MUSA BIDAS ANWAR MAIN ISU ROYALTI MINYAK (Daily Express 25/11/08)

KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman membidas tidakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus memainkan isu royalti Minyak di Sabah untuk kepentingan Politik.
Bercakap kepada pemberita disini,pada Isnin lalu, Musa yang juga Pengarusi Barisan Nasional Sabah BN Sabah tidak pernah sama sekali mengetepikan kepentingan rakyat Sabah dalam isu itu. Semasa lawatan ke Sabah minggu lepas, Anwar mempertikaikan kenyataan Musa sebelum ini yang menyatakan perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada tahun 1976 tidak mempunyai peruntukan untuk semakan semula kadar royalti minyak yang diberikan kepada Sabah. Anwar dilaporkan sebagai berkata, Perjanjian itu boleh dikaji semula dan Beliau memberi jaminan untuk menaikan kadar royalti minyak kepada Negeri Sabah dan Negeri Sarawak daripada 5% kepada 20% sekiranya Pakatan Rakyat @ PR mengambil alih tampuk pemerintahan Negara. Musa berkata, Pemimpin UMNO dan Pemimpin BN Sabah telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan agar kadar Royalti ini disemak semula."Meskipun jumlah royalti minyak ini masih kekal pada kadar yang lama setakat ini tetapi kita tidak seharusnya melihat dari aspek Royalti minyak semata mata" katanya. Musa berkata, Sabah telah menerima peruntukan yang besar dalam pelbagai program pembangunan Kerajaan Persekutuan termasuk peruntukan Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) sebanyak Rm:20 Billion, Koridor Pembangunan sabah (Rm:2.3 billion), projek jalan raya berturap menelan belanja berbillion-billion ringgit dan program pembangunan yang lain.

No comments:

MASJID TARAKAN

MASJID TARAKAN
Powered By Blogger

Followers