24 October 2009

K-BORNEO AKAN DI LANCARKAN..

KOTA KINABALU:K-Borneo iaitu sebuah portal khas tentang Kepulauan Borneo akan dilancarkan tidak lama lagi melibatkan Negeri Sabah,Sarawak,Negara Brunei dan Negara Indonesia (Kalimantan). Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman berkata, Portal tersebut akan menyediakan informasi lengkap mengenai keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Kepulauan Borneo ini. "Portal ini akan menyediakan ekses dan sebarang bentuk pertukaran maklumat tentang Borneo, selain membantu usaha penyelidikan atau kajian tentang Pulau ini". Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang Strategi Laut Biru 2009 di Sutera Harbour.

4 comments:

Tuan Cobra said...

Tahniah diatas pemikiran yg jitu kearah menciptakan satu wawasan yg berdaya saing d antara Penduduk dikepulauan Borneo ini...Satu cadangan yg awal dan berani yg dibuat oleh YAB.Datuk amat2 saya sanjung tinggi.Kerana Kepulauan Borneo ini bukan sahaja kita boleh membuat Penyelidikan tetapi kita boleh mengadakan acara yg tersohor seperti Acara terdahulu "BOLA SEPAK PIALA BORNEO" DiPulau Borneo ini kita mempunyai 6 buah negeri dan 1 buah Negara (Brunei Darusalam,Pontianak (Kalimantan Barat)Plangkaraya (Kalimantan Tengah)Banjarmasin (Kalimantan Selatan) Samarinda (Kalimantan Timur)Sarawak dan Sabah. Hanya Pemimpin2 di Kepulauan ini sahaja yg boleh menyatukan dan menarik minat Masyarakat yg terdapat di Pulau Borneo ini..

Sam. Malaysia7 said...

Syabas Datuk Ketua menteri, Satu cadangan yg amat bagus untuk permulaan dan ia sungguh2 bagus dan amat terkesan.

BB Admin said...

Saya pemilik Blog Berita Borneo amat mengalu-alukan Inisiatif yg positif yg terkeluar dari minda KM yg bagus,Ini adalah satu Wawasan pemikiran yg jauh untuk masa dapan Kepulauan Borneo juga....

Veejo said...

Pelancaran K-Borneo itu amat d alu2kan oleh semua lapisan mesyarakat...Saya mencadangkan kepada YAB.Ketua Menteri Sabah ada baiknya perlaksanaan Kereta api seluruh Borneo tu pun belum terlaksana lagi kenapa pula nak rancangkan yg baru lagi? Dulu bukan main lagi perancangan nak membina Rail Kereta api d antara Pulau Borneo ni...Sekarang d mana sudah rancangan tu?

MASJID TARAKAN

MASJID TARAKAN

Followers