17 August 2009

JANGAN LINDUNGI "PTI"

Daily Express Keluaran 15hb August 2009.

Kota Belud: Penduduk didaerah Kota Belud dinasihatkan agar tidak memberikan perlindungan kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) kerana kehadiran mereka di negara ini bukan sahaja menjadi ancaman kepada Masyarakat di negeri ini tetapi juga mampu menggugat ketenteraman negara pada masa akan datang. Itu Pendapat yang diluahkan oleh Kolonel Kehormat Rela di Kota Belud yg juga merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Sabah. Jika kita fikirkan secara Lojiknya PTI atau Pendatang yg mempunyai Dokumen perjalanan Sah tidak akan mampu menggugat ketenteraman awam d dalam Negeri/Negara Malaysia ini. Biarpun berpuloh ribu orang PTI datang ke negeri atau negara Malaysia setiap hari ia tidak akan bisa memudaratkan Negeri dan negara ini melahan akan menaikan ekonomi negeri dan negara ini secara tidak langsung, Yang memudaratkan dan menggugat ketenteraman negeri Sabah dan negara Malaysia adalah Pemberian Maykad Malaysia dan Surat beranak kepada mereka. PTI yang dikeluarkan Maykad dan surat beranak ini lebih agrasif daripada penduduk tempatan. Pengeluaran Maykad dan pengenugerahan surat beranak ini tidak bisa dilakukan oleh pihak pihak tertentu seperti parti Pembangkang,orang perseorangan dan juga orang2 yang tidak berkuasa langsung didalam Kerajaan. Apa yang WAJIB kita bendung adalah pengeluaran dan pemberian Maykad dan Surat beranak kepada Warga Asing yg tidak berhak menerimanya. Rakyat Bumiputera Sabah dan orang tempatan memang menyedari perkara ini,Ini berlaku darpada tahun 1980an lagi sehinggalah kehari ini. Tetapi jika Rakyat Tempatan dan Warga negara Malaysia d Sabah hanya bersuara dan mengeluarkan artikal d dalam Akhbar sahaja tidak akan membawa perubahan seandainya Pihak Kerajaan dan Jabatan yang bertanggung jawab tidak Ikhlas untuk menengani permasalahaan ini. Permasalaahan ini bukan baharu dan ia tidak akan terhenti seandainya tidak d hentikan oleh pihak Kerajaan dan tahap kesedaran itu tinggi.

3 comments:

Norawi said...

Salam Ramadhan daripada norawizah.blogspot.com

BB Admin said...

Terima kasih d atas lawatannya ke Beritaborneo.blogspot saya mengalu alukan sdr dapat menulis d dalam blok tontonan sepulau Borneo ini...

Sam. Malaysia7 said...

Pemimpin2 UMNO Sabah lah Penghianat buat Negeri/Negara malaysia ini.Dari awal tahun 1980an sehingga kehari ini memang merekalah SAH Penghianat kepada Rakyat negeri/Negara Malaysia. Merekalah yg menganugerahkan PTI Mykad Malaysia ini demi untuk mendapatkan kekuasaan dan menumbangkan PBS pada waktu itu, Tetapi kenapa sampai sekarang Mykad Malaysia ini d keluarkan kepada PTI?...Mykad Malaysia ini adalah Nyawa dan Nafas bagi rakyat d setiap negeri ini.

MASJID TARAKAN

MASJID TARAKAN

Followers