24 November 2008

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YAKIN SATUKAN PARTI PEMBANGKANG DISARAWAK/SABAH?

Kota Kinabalu (22hb Nov 2008):

Penasihat Parti Keadilan Rakyat @ PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sekali boleh menyatukan kesemua Parti2 Pembangkang di Negeri Sabah/Sarawak. Beliau mahu Calon2 dari Parti Pembangkang pada PRU nanti hanya akan Bertanding satu lawan satu (Straight Fight) untuk menentang Calon dari BN @ Pemerintah Kerajaan Malaysia pada masa ini. Beliau berkata pada PRU yang lalu Calon2 dari Parti Pembangkang bertanding/bersaing sesama sendiri. Mengakibatkan perpecahan Undi dari Rakyat di kedua dua Negeri ini. Beliau berucap ketika merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat di Jalan Damai Luyang. DSAI juga mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP) untuk menyertai Pakatan Rakyat @ PR dan telah Berjumpa dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee kelamarin. Beliau menyatakan bahawa dengan cara Bersatu ini sahaja PR di Semananjung Malaysia boleh mengalahkan BN di lima buah Negeri. Apakah Pemimpin dan Calon2 di kedua dua Negeri ini akan Bersatu hati menghadapi BN didalam Pilihanraya Umum Nanti?

No comments:

MASJID TARAKAN

MASJID TARAKAN
Powered By Blogger

Followers